N A D I A H Z A I N
Bismillah..
posted by nadiah zain December 07, 2013 0 comments
Bismillahirrahminarrahim.
Assalamualaikum bakal-bakal Ahli Syurga sekalian! (:


Dengan gagah, aku delete segala posts yang terdahulu.
Let's mulakan hidup baru, nafas baru, buku baru. 


Sungguh, sangat susah untuk bangkit semula.
Untuk Hijrah, untuk Istiqamah.
Sungguh. Perit rasanya.


Kadang, aku kecundang.

Lepas tu aku kembali, gagahkan hati untuk terus Bangkit.
 dan aku kecundang,dan kembali bangkit.

Ulang, ulang & Ulang.

Dan, sedang aku gagah untuk berubah aku dikejutkan dengan suatu berita yang sangat menghiris hati aku.

Jujur, hatiku seakan retak seribu. Terhiris. Dihiris.

Sungguh, aku cuba bersangka baik selepas aku mengetahui segalanya.

Mungkin, kau juga ingin merasa segalanya? 

Tidak apa yang kau harus cuba, yang kau harus rasa. 
Yang kau akan dapat setelah kau sedar, hanya penyesalan tanpa henti.
Sungguh! Aku juga dulu pernah tersasar. Jauh.
dan kini, hanya penyesalan yang menghantui hari hari ku. 

Tapi kini, aku tidak mampu untuk berkata apa apa pada kau,Sahabat.

Aku hanya mampu berdoa, agar Allah sentiasa memelihara Iman mu, supaya kau tidak tersasar Jauh DariNya.


Sungguh, aku sayang kau sahabat.
Aku juga pernah berjanji untuk menyayangi mu hingga akhir nafasku, bukan? 
ya, Sahabat. Sahabat itu kamu. 
 

Sungguh, aku tidak sanggup untuk melihatmu tersasar jauh.

Aku harap, "bekalan" yang kau punya itu mampu untuk menyedarkan Imanmu supaya tidak terus goyah.
design by Wanaseoby
RAW Paste Data