N A D I A H Z A I N
Cinta Pada Tuhan
posted by nadiah zain April 26, 2014 0 comments
Tuhan, 
Saat aku menyukai seorang teman, 
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir,
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir.

Tuhan,
Ketika aku merindui seorang kekasih,
Rindukanlah aku kepada yang rindy cinta sejatiMu,
Agar kerinduanku terhadapMu semakin menjadi.

Tuhan,
Jika aku hendak mencintai seseorang,
Temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMu
Agar bertambah kuat cintaku padaMu.

Tuhan,
Ketika aku sedang jatuh cinta,
Jagalah cinta itu,
Agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Tuhan,
Ketika aku ucap aku cinta padamu,
Biarlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMu,
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMu.

Sebagaimana orang bijak berucap,
Mencintai seseorang bukanlah apa-apa,
Dicintai seseorang adalah sesuatu,
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti,
Tapi dicintai oleh Sang Pencipta adalah SEGALANYA.
design by Wanaseoby
RAW Paste Data