N A D I A H Z A I N
Doa Seorang Anak Soleh
posted by nadiah zain April 26, 2014 0 comments
Ya Allah sayangilah kedua orang tua kamu
Ampuni, Rahmati dan Redhailah mereka.

Ya Allah Ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh
yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau
dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, bebruat baiklah kepada mereka sebanyak
kebaikan mereka kepada kami setelah dilipat gandakan,
dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang
sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyahMu yang telah
mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami
Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi
kepadaMu kerana mengutamakan kami
Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat
yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bahagian ganjaran dari ketaatan
Yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang
Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah
mendekatkan kami kepadaMu.

Ya Allah jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan
kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang
kami abaikan.
Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas mereka
Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman Syurga.
Jauhkanlah lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-
lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring
di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut
mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita
tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan
bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.
Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian,
malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan
hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat
pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira
dengan putera-puteri mereka yang soleh
Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari
berdirinya para saksi.
Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu
dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau
kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di
negeri kemuliaanMu, tempat menetapnya rahmatMu, dan
tempat para waliMu bersama orang-orang yang Engkau
beri kenikmatan, iaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan
solihin, mereka itu lah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan ALlah cukup mengetahui.
Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada
junjungan kami Nabi Muhammad SAW , keluarga dan para
sahabat baginda.




design by Wanaseoby
RAW Paste Data