N A D I A H Z A I N
Tautan Hati Part I
posted by nadiah zain April 17, 2018 0 comments



jiwa ku kekadang diracuni, adakah Kau yang ku damba kan hanya lah sekadar ilusi? minda ku kekadang cuba menerokai, adakah wajah-Mu, tangan-Mu, menyerupai sesuatu unsur di bumi? aku bisa jadi gila dengan persoalan ini. kalam-Mu memujuk ku. DIA TAK SAMA! rasul-Mu pula membelai, jangan berfikir tentang zat Allah, berfikir lah tentang ciptaan illahi. minda ku berlayar lagi. rupa-rupa nya, terlalu jelas bahawa Kau memang ada sebagai illah dan rabbi. Yang Maha Tinggi! oh, aku yang jahil selama ini! - Monolog Imtisal

puas ku rayu, puas ku seru, jawapan mu tetap yang dulu. oh, sukar nya mengajak mu! namun, kasih ku pada mu cukup padu, lantaran itu, aku kan terus menyeru mu, pada yang Satu. ku genggam kukuh azimat, "kita hanya penyeru, bukan penghukum." ya Allah, ku harap bantuan-Mu mengiringi ku. SERU dan terus menyeru, itu tugas rasul-Mu, akan ku terus kan semampu ku, hingga ke hujung waktu. -Monolog Asiah Yusra

pernah ku pujuk diri, di sebalik derita ini, pasti ada hikmah menanti. namun, apa yang ku dapati, hanya derita demi DERITA yang terus-terusan menimpa, entah bila penghujung nya, apakah ini rahmat penghapus dosa? atau bala yang bertimpa-timpa? oh tuhan, berikan lah aku jawapannya.
-Monolog Imtisal

biar apa yang sedang diperkata, biar beribu dugaan melanda, ku pasakkan azam di dada, ku kan mendamba-Mu dengan setia, ku tak mahu terhalang semudah nya. biar.. biar.. HEBOH berita dusta, ku tangkis sekuat nya demi mendampingi-Mu di malam gelita, tanpa rasa takut pada sesiapa, kerana ku tahu, itu syirik nama nya. "sesungguhnya, mereka hanya lah syaitan yang menakut-nakuti kamu dengan teman-teman setia mereka, kerana itu jangan lah kamu takut kepada mereka, tetapi takut lah kepada-Ku, jika kamu orang beriman."
 (Ali-Imran:175). -Monolog Imtisal
design by Wanaseoby
RAW Paste Data